Graduan kejuruteraan kimia yang mengambil istilah "trial & error"(cuba jaya) dalam setiap kajian persendirian.....Harap bermanfaat untuk ummah.....

Sunday 3 April 2011

Projek 2011



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Projek 2011

1.Dibawah lindungan taqdir Allah,rencana projek pada tahun ini adalah mengenai baja kompos. Baja kompos ini telah dibuat sejak nenek moyang kita dahulu dimana bahan buangan najis penternakan diproses menjadi baja atau gas seperti di negara yang banyak menjalankan penternakan lembu seperti India,Sri Langka, Bangladesh dan sebagainya.

2.Selain itu baja kompos ini telah dikomersilkan melalui pemprosesan semula bahan buangan padi di negara kita. Baja kompos kian rancak sejak tumbuhnya industri penternakan cacing dimana cacing digunakan sebagai bahan pengurai bahan buangan menjadi baja kompos.

3.Namun, saya ingin membuat projek ini sebagai kajian sendiri untuk mereka bentuk sistem pembuangan sampah di rumah. Di samping dapat mengurangkan pembuangan sampah di tempat pembuangan sampah, mungkin boleh menjana wang jika ditambah nilai kandungan nutriennya sesuai untuk aktiviti pertanian.

4.Penghasilan gas metana juga boleh dikaji secara bersama kajian baja kompos ini untuk melihat kuantiti dan kualiti gas metana yang terhasil daripada penguraian bahan organik kepada baja kompos.

5.Kajian dimulakan dengan melihat nota-nota dan pembacaan mengenai baja kompos dan gas metana.

Sekian.
Jurutera fatihirazali
29 Rabiulakhir 1432H
3 April 2011
Kuala Terengganu.